Isnin, 5 September 2016

MAJLIS BACAAN YAASIN, SOLAT HAJAT DAN DOA SELAMAT 2016

Majlis bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Doa Selamat untuk anak-anak Pangsapuri Waja menghadapi peperiksaan utama Negara iaitu  UPKK, UPSR, PT3, SPM dan STPM telah disempurnakan pada 3hb. September 2016.

Majlis bermula dengan program gotong-royong merewang menyediakan makanan untuk jamuan bermula pada awal pagi hingga ke petang.

Program Bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Bacaan Doa Selamat dimulai dengan Solat Isyak berjemaah, Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan Bacaan Doa Selamat. Program diterajui oleh Ustaz Dr, Haji Md. Ali Jamil.