Ahad, 20 Ogos 2017

MAJLIS BACAAN YAASIN, SEMBAHYANG HAJAT DAN DOA SELAMAT 2017

Majlis bacaan Yaasin, sembahyang Hajat dan Doa Selamat untuk anak-anak Pangsapuri Waja menghadapi peperiksaan UPKK, UPSR, PT3, SPM, STPM dan beberapa peperiksaan di peringkat Universiti telah diadakan pada 19hb. Ogos 2017 di pejabat Persatuan Penduduk Pangsapuri Waja.

Program bermula dari awal pagi dengan kaum ibu dan bapa menjalankan aktiviti rewang bersama-sama menyediakan jamuan untuk program ini.

Program pada sebelah petang dan malamnya diketuai oleh Ustaz Dr. Haji Md Ali Jamil sebagai Imam. Majlis bermula dengan Sembahyang Maghrib dan seterusnya Sembahyang hajat berjemaah. Kemudian program diteruskan dengan bacaan Yaasin dan Doa Selamat. Setelah tamat bacaan Yaasin dan Doa Selamat program diteruskan dengan sembahyang Isyak berjemaah dan diakhiri dengan jamuan makan malam.

Semoga program seperti ini akan terus segar dan dihidupkan sepanjang masa bagi merapatkan ukhwah antara kita di kejiranan Pangsapuri Waja ini.