Atas inisiatif dan usaha ibu-ibu dan bapa-bapa di Pangsapuri Waja ini telah wujudlah kelas tuisyen dan tutorial untuk anak-anak menambah ilmu dan memahami pelajaran mereka bagi menghadapi peperiksaan. Kelas ini dijalankan pada hujung minggu dan sekali-sekala dijalankan pada waktu malam. Program ini dijalankan secara percuma.
Para ibu-ibu dan bapa bersama-sama membimbing anak-anak untuk memahami pelajaran mereka. Program ini juga dibantu dan disokong oleh guru-guru dari Sekolah Bandar Tun Hussein Onn.
Semoga aktiviti ini akan berterusan dari tahun ke tahun mendatang bagi mewujudkan Warga Waja yang berilmu.