Rabu, 31 Ogos 2011

GOTONG ROYONG PERDANA 2011

Gotong royong perdana Pangsapuri Waja telah diadakan pada bulan Ogos 2011. Program telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Serdang, YB Teo Nie Ching bersama YB Ahli Undangan Negeri Balakong, YB Yap Lum Chin.

Program dimulai dengan acara senamrobik bersama-sama penduduk dan tetamu jemputan. Program gotong royong ini juga mendapat kerjasama dari Majlis Perbandaran Kajang dengan menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan seperti kren dan lori  sampah.

Program gotong royong ini mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dari kalangan penduduk Pangsapuri Waja dan berlangsung dalam keadaan harmoni dan meriah.



































































Tiada ulasan: