Kenangan terindah selepas Persatuan Penduduk Pangsapuri Waja Taman Tun Perak Cheras didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), Ahli Jawatankuasa telah merancang satu hari keluarga untuk penduduk di kejiranan Pangsapuri Waja.
Alhamdulillah, perancangan mengadakan sambutan Hari keluarga yang julung-julung kali ini telah mendapat sokongan dan kerjasama serta tajaan dari pelbagai pihak. Telekom Malaysia Berhad telah bersetuju untuk menjadi penaja utama bagi program ini disamping sumbangan dari pihak Ahli Dewan Undangan Negeri Balakong, YB Yap Lum Chin serta Ahli Parlimen Serdang, YB Teo Nie Ching.
Disamping itu juga program ini mendapat sumbangan dari pihak CNI, Vico, Hong Leong Tokio Marine Takaful serta beberapa kartonis Tanah air seperti Ujang, Lepat dan Bijan.
Penglibatan penduduk Pangsapuri Waja juga sangat membanggakan dengan kehadiran yang ramai.
Program dimulai dengan acara senamrobik yang dipimpin oleh kakitangan RTM.
Antara acara yang dijalankan pada hari tersebut adalah sukaneka kanak-kanak, sukaneka dewasa, bowling buah kelapa, cabutan bertuah, pertandingan mewarna dan melukis (Hadiah disumbangkan oleh kartonis Ujang) dan diakhiri dengan pertandingan tarik tali.
Layan gambar kenang-kenangan ini.
" Dulu kanak-kanak, sekarang dah remaja. Dulu remaja, sekarang dah dewasa. Dulu dewasa sekarang dah hampir nak tua"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan