Kejohanan Futsal Padang telah diadakan pada 1hb. Disember hingga 2hb. Disember 2018. Kejohanan ini adalah anjuran bersama Persatuan Penduduk Pangsapuri Waja dengan Kelab Bolasepak Taman Tun Perak.
Kejohanan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori bawah umur 12 tahun dan kategori bawah umur 17 tahun. Kejohanan dijalankan di padang bolasepak Sekolah Rendah Agama Taman Tun Perak, Jalan Tun Perak 1, Cheras. Selangor.
Kejohanan telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Dipertua Persatuan Penduduk, Saudara Salim bin Abas dan seterusnya ucapan dan perasmian oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Balakong YB Wong Siew Ki.
Sepakan penalti oleh YDM PPPW dan YB Wong Siew Ki sebagai permulaan bermulanya Kejohanan.
Sebelum perlawanan akhir dijalankan, satu perlawanan pertunjukan antara AJK PPPW dan AJK Kelab Bolasepak Taman Tun Perak telah diadakan dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Kejohanan berlangsung dengan jayanya selama dua hari dalam suasana yang sangat meriah dalam keadaan cuaca yang sangat baik. Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan