Isnin, 24 Disember 2018

PROGRAM AMBANG TAHUN BAHARU 2019

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Satu program kemasyarakatan yang diberi nama AMBANG TAHUN BAHARU 2019 akan diadakan pada 29hb. Disember 2018 di Kejiranan Pangsapuri Waja Taman Tun Perak Cheras.

Antara aktiviti yang akan mewarnai program ini adalah :

Program Siang Hari :
1. Pertandingan Mewarna untuk anak-anak berumur 5,6 dan 7 tahun
2. Pertandingan Melukis untuk anak-anak berumur 8 hingga 12 tahun.
3. Pertandingan Bowling Padang untuk Wanita Remaja dan Dewasa
4. Pertandingan Sepak Takraw untuk Lelaki Remaja dan Dewasa

Program Malam Hari :
1. BBQ bersama Keluarga Pangsapuri Waja
2. Wayang Pacak

MARILAH SEMUA WARGA PANGSAPURI WAJA MEMERIAHKAN PROGRAM KITA KALI INI.

PANGSAPURI KITA, TANGGUNGJAWAB KITA.

Tiada ulasan: